Friday 9 November 2012


KATA HUBUNG
1.Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2.    Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)      kata hubung gabungan,
(b)     kata hubung pancangan,
(c)     kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

Kata Hubung Berpasangan
          

Contoh
Ayat Contoh
Baik - mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik
Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah    entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekalipun
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal



contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
            Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.

2. Menggabungkan dua rangkai kata
            Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayat
            Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.


3 comments:

  1. Cantik gak blog nih..
    Tapi kalau dilebarkan sikit bahagian ruang hitam ni lagi kemas rasanye.. Pegi bahagian adjust widths.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana telah berjaya mencipta blog sendiri yang ada kualiti. Teruskan buat exploration dan jangan takut mencuba.

    ReplyDelete