Wednesday 14 November 2012





CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
KSSR
TAJUK (MEMBACA)

Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia  Tahun  3 Inovatif
Tema/Tajuk
Pertanian dan Penternakan / Cara Membuat Pisang Goreng.
Masa
7.45 pagi – 8.45 pagi
Standard Pembelajaran
2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1.    Membaca ayat dalam perenggan daripada petikan Cara Membuat Pisang Goreng.
2.    Menyenaraikan lima kata kerja yang terdapat dalam petikan.
Aktiviti













1. Murid diperdengarkan lagu bertajuk Pisang Goreng.
2. Murid membaca senikata lagu tersebut
3. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
4. Murid  menyebut nama buah dalam lagu dan guru menyatakan tajuk pembelajaran hari ini.
5. Guru mengedarkan petikan dan murid membaca petikan secara individu,berkumpulan dan beramai-ramai.
6. Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan dan contoh yang lain.
7. Permainan Kotak Beracun . Murid membaca dan membina ayat berdasarkan kata kerja yang diambil dari kotak beracun. 
8.Murid menulis ayat di papan hitam.
9.Murid lain membaca dan menyemak ayat bersama-sama guru.
10. Murid menulis ayat-ayat tersebut dalam lembaran kerja.
EMK
Nilai murni : berdikari, kerjasama dan rajin
Keusahawanan, Didik Hibur,TMK ( CD, LCD )
Bahan Bantu Belajar
 kotak beracun, CD, LCD
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul.
  2. Murid menyenaraikan 5 kata kerja.
Refleksi






Pisang Goreng

Ini apa
Ini apa
Ini apa sekarang

Ini pisang
Ini pisang
Ini pisang sekarang

Pisang apa
Pisang apa
Pisang apa sekarang

Pisang goreng
Pisang goreng
Pisang goreng sedap dimakan



No comments:

Post a Comment