Sunday 25 November 2012


PERKATAAN BERLAWAN

1. dibuka x ditutup

2. tinggi x rendah

3. sebelum x selepas

4. murah x mahal

5. sejuk x panas

6. pondok x rumah

7. mesra x sombong

8. mencegah x membiar

9. cekap x lalai

10. pangkal x hujung

11. khianat x jujur

12. menyala x memadam

13. kering x basah

14. sempurna x cacat

15. sedih x gembira

16. berhampiran x berjauhan

17. jahat x baik

18. hayat x mati

19. tawar x masin

20. lautan x daratan

21. tegak x condong

22. bahaya x selamat

23. muda x tua

24. pupus x wujud

25. lulus x gagal

26. wajib x bebas





Wednesday 14 November 2012





CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
KSSR
TAJUK (MEMBACA)

Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia  Tahun  3 Inovatif
Tema/Tajuk
Pertanian dan Penternakan / Cara Membuat Pisang Goreng.
Masa
7.45 pagi – 8.45 pagi
Standard Pembelajaran
2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1.    Membaca ayat dalam perenggan daripada petikan Cara Membuat Pisang Goreng.
2.    Menyenaraikan lima kata kerja yang terdapat dalam petikan.
Aktiviti













1. Murid diperdengarkan lagu bertajuk Pisang Goreng.
2. Murid membaca senikata lagu tersebut
3. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
4. Murid  menyebut nama buah dalam lagu dan guru menyatakan tajuk pembelajaran hari ini.
5. Guru mengedarkan petikan dan murid membaca petikan secara individu,berkumpulan dan beramai-ramai.
6. Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan dan contoh yang lain.
7. Permainan Kotak Beracun . Murid membaca dan membina ayat berdasarkan kata kerja yang diambil dari kotak beracun. 
8.Murid menulis ayat di papan hitam.
9.Murid lain membaca dan menyemak ayat bersama-sama guru.
10. Murid menulis ayat-ayat tersebut dalam lembaran kerja.
EMK
Nilai murni : berdikari, kerjasama dan rajin
Keusahawanan, Didik Hibur,TMK ( CD, LCD )
Bahan Bantu Belajar
 kotak beracun, CD, LCD
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul.
  2. Murid menyenaraikan 5 kata kerja.
Refleksi






Pisang Goreng

Ini apa
Ini apa
Ini apa sekarang

Ini pisang
Ini pisang
Ini pisang sekarang

Pisang apa
Pisang apa
Pisang apa sekarang

Pisang goreng
Pisang goreng
Pisang goreng sedap dimakan











Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi
Bahasa Malaysia Tahun 3
Kemahiran
Membaca
Band
4
Pernyataan Standard
B4
Mengetahui dan memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul.
Deskriptor
B4 DB1
Membaca dan menyatakan ilmu dalam bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan betul.
Evidens
B4 DB1 E1
Membaca dan memahami bahan kreatif serta menyatakan kosa kata umum dan kosa kata istilah  dengan betul.

Aktiviti  Pentaksiran
Bahan :
Lembaran kerja

Langkah:
1. Murid melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul.
2. Murid lafazkan pantun secara kreatif.    

Friday 9 November 2012


KATA HUBUNG
1.Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2.    Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)      kata hubung gabungan,
(b)     kata hubung pancangan,
(c)     kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

Kata Hubung Berpasangan
          

Contoh
Ayat Contoh
Baik - mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik
Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah    entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekalipun
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal



contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
            Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.

2. Menggabungkan dua rangkai kata
            Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayat
            Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.