Saturday 29 September 2012

KERJA KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
FEBRUARI - MEI 2012


Tugasan 1A, 1B: Perbincangan Forum (5%+5%= 10%)- MyGuru3
Tarikh Penghantaran Tugasan 1A : 19 Mac 2012
Tarikh Penghantaran Tugasan 1B : 23 April 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam DUA perbincangan forum yang diaktifkan
oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 5% akan diberikan bagi setiap
tajuk forum berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang
diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
 

SKALA MARKAH KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
 

5% Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan.
 

4% Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan.
 

3% Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar
dua atau tiga ayat sahaja.
 

1-2 % Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’,
‘ya, saya sokong’.
 

0 % Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.

Thursday 27 September 2012