Friday, 9 November 2012


KATA HUBUNG
1.Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2.    Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)      kata hubung gabungan,
(b)     kata hubung pancangan,
(c)     kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

Kata Hubung Berpasangan
          

Contoh
Ayat Contoh
Baik - mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik
Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah    entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Dan
hingga
lalu
ketika
Dengan
yang
tetapi
jika
Kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekalipun
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal



contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
            Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.

2. Menggabungkan dua rangkai kata
            Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayat
            Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.



BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)

berapakah       mengapakah      apakah         siapa     bilakah                bagaimanakah       mana


  1._____________ dua orang budak  perempuan itu menangis di kantin ?

  2.______________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?

  3.______________Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?

  4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?

  5.Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?
   
   6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?
  
  7.  ___________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?



    Jawapan:

   1.  Mengapakah       2. Berapakah,      3. Bagaimanakah
   
   4.Siapa     5. Mana       6. apakah          7.  Bilakah

Sunday, 28 October 2012


Kata Adjektif  
Kata adjektif ialah kata yang menerangkang sifat atau keadaan sesuatu benda,tempat,tumbuhan haiwan atau orang.

Kata adjektif terbahagi kepada sembilan subgolongan,iaitu :-

a) Kata adjektif sifatan : baik,jujur,pandai

b) Kata adjektif warna : putih,biru,merah,hijau

c) Kata adjektif bentuk : bulat,bujur,leper

d) Kata adjektif waktu : pagi,petang,dahulu

e) Kata adjektif jarak : jauh,dekat,hampir

f) Kata adjektif cara : lambat,cepat,cermat

g) Kata adjektif ukuran : nipis,rendah,panjang

h) Kata adjektif perasaan : suka,marah,sayang

i) Kata adjektif pancaindera : sedap,manis,masin


Thursday, 11 October 2012

SIMPULAN BAHASA SERTA MAKNANYA


SIMPULAN BAHASA

1. Harga mati
    ( harga tetap)

2. Harga pokok
    ( harga asal)

3. Hidung tinggi
     ( sombong )

4. Ajak-ajak ayam
      ( mengajak dengan tidak bersungguh-sungguh)

5. Tidur mati
      ( tidur yang sangat lena)

6. Mulut tempayan
      ( tidak boleh menyimpan rahsia)

7.Tanda mata
     ( hadiah sebagai kenangan)

8. Tidur-tidur ayam
       ( tidur yang tidak lena)

9. Telinga lintah
       ( tajam pendengaran)

10. Sakit telinga
        ( benci mendengar)

TOPIK TATABAHASA


Kata Ganti Nama Diri bermaksud kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Ia boleh dibahagikan kepada tiga jensi seperti yang berikut :-

- Kata ganti nama diri pertama :
   
   * bentuk tunggal (satu)
      ( saya,aku,beta,hamba,patik)

   * bentuk jamak (banyak)
      ( kami,kita)

-Kata ganti nama diri kedua
   * bentuk tunggal (satu)
       ( awak,engkau,anda,tuanku,kamu)
    
   * bentuk jamak ( banyak)
        ( kamu,kalian)

-Kata ganti nama diri ketiga
    * bentuk tunggal (satu)
         ( dia,baginda,beliau)

    * bentuk jamak (banyak)
          ( mereka)

Saturday, 29 September 2012

KERJA KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT

PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
FEBRUARI - MEI 2012


Tugasan 1A, 1B: Perbincangan Forum (5%+5%= 10%)- MyGuru3
Tarikh Penghantaran Tugasan 1A : 19 Mac 2012
Tarikh Penghantaran Tugasan 1B : 23 April 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam DUA perbincangan forum yang diaktifkan
oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 5% akan diberikan bagi setiap
tajuk forum berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang
diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
 

SKALA MARKAH KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
 

5% Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan.
 

4% Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan.
 

3% Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar
dua atau tiga ayat sahaja.
 

1-2 % Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’,
‘ya, saya sokong’.
 

0 % Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.

Thursday, 27 September 2012