KATA
HUBUNG
1.Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata
hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta
penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
agar
|
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
|
apabila
|
Mukanya pucat apabila disoal.
|
atau
|
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
|
bahawa
|
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
|
dan
|
Leela dan Siu Lan berjiran.
|
hingga
|
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
|
Jika
|
Saya berpayung jika hujan.
|
Jikalau
|
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
|
kecuali
|
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
|
kerana
|
Aini menangis kerana terlalu sedih.
|
lalu
|
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
|
manakala
|
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
|
sambil
|
Zalifah bernyanyi sambil menari.
|
serta
|
Zahid serta abangnya menonton wayang.
|
semenjak
|
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
|
sementara
|
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
|
Kata Hubung Berpasangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
Baik - mahupun
|
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan
balai raya itu.
|
Baik- baik
|
Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
|
bukan sahaja malah
|
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
|
entah entah
|
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
|
Jangan – pun
|
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
|
Kian – kian
|
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
|
Sama ada – ataupun
|
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
|
sedangkan...inikan pula
|
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
|
semakin...semakin
|
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
|
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
|
hingga
|
lalu
|
ketika
|
Dengan
|
yang
|
tetapi
|
jika
|
Kerana
|
serta
|
kalau
|
kemudian
|
demikian
|
walhal
|
walau
|
agar
|
atau
|
demi
|
supaya
|
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa
|
sementara
|
seharusnya
|
andaikata
|
semoga
|
seketika
|
sebaliknya
|
sedangkan
|
setelah
|
sesungguhnya
|
walaupun
|
itupun
|
sewaktu
|
seandainya
|
meskipun
|
sekalipun
|
mudah-mudahan
|
moga-moga
|
jikalau
|
bagaimanapun
|
padahal
|
contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azhar
dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita
boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin
dan menderita.
Cantik gak blog nih..
ReplyDeleteTapi kalau dilebarkan sikit bahagian ruang hitam ni lagi kemas rasanye.. Pegi bahagian adjust widths.
Teruskan usaha.
ReplyDeleteTahniah kerana telah berjaya mencipta blog sendiri yang ada kualiti. Teruskan buat exploration dan jangan takut mencuba.
ReplyDelete