Sunday, 25 November 2012
PERKATAAN BERLAWAN
1. dibuka x ditutup
2. tinggi x rendah
3. sebelum x selepas
4. murah x mahal
5. sejuk x panas
6. pondok x rumah
7. mesra x sombong
8. mencegah x membiar
9. cekap x lalai
10. pangkal x hujung
11. khianat x jujur
12. menyala x memadam
13. kering x basah
14. sempurna x cacat
15. sedih x gembira
16. berhampiran x berjauhan
17. jahat x baik
18. hayat x mati
19. tawar x masin
20. lautan x daratan
21. tegak x condong
22. bahaya x selamat
23. muda x tua
24. pupus x wujud
25. lulus x gagal
26. wajib x bebas
Wednesday, 14 November 2012
CONTOH RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
KSSR
TAJUK (MEMBACA)
Mata
Pelajaran dan Kelas
|
Bahasa Malaysia Tahun
3 Inovatif
|
Tema/Tajuk
|
Pertanian dan
Penternakan / Cara Membuat Pisang Goreng.
|
Masa
|
7.45 pagi – 8.45 pagi
|
Standard Pembelajaran
|
2.2.3 Membaca dan memahami
ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang
betul.
|
Objektif
Pembelajaran
|
Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, murid dapat;
1. Membaca ayat dalam perenggan daripada petikan
Cara Membuat Pisang Goreng.
2. Menyenaraikan lima kata kerja yang terdapat dalam
petikan.
|
Aktiviti
|
1. Murid diperdengarkan lagu bertajuk Pisang Goreng.
2. Murid membaca senikata lagu tersebut
3. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
4. Murid menyebut nama buah dalam
lagu dan guru menyatakan tajuk pembelajaran hari ini.
5. Guru mengedarkan petikan dan murid membaca petikan secara individu,berkumpulan
dan beramai-ramai.
6. Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan dan contoh
yang lain.
7. Permainan Kotak Beracun . Murid membaca dan membina ayat berdasarkan
kata kerja yang diambil dari kotak beracun.
8.Murid menulis ayat di papan hitam.
9.Murid lain membaca dan menyemak ayat bersama-sama guru.
10. Murid menulis ayat-ayat tersebut dalam lembaran kerja.
|
EMK
|
Nilai murni : berdikari, kerjasama dan rajin
Keusahawanan, Didik Hibur,TMK ( CD, LCD )
|
Bahan
Bantu Belajar
|
kotak beracun,
CD, LCD
|
Penilaian
Pengajaran dan Pembelajaran
|
|
Refleksi
|
|
Pisang Goreng
Ini apa
Ini apa
Ini apa sekarang
Ini pisang
Ini pisang
Ini pisang sekarang
Pisang apa
Pisang apa
Pisang apa sekarang
Pisang goreng
Pisang goreng
Pisang goreng sedap dimakan
Instrumen
Pentaksiran Standard Prestasi
Bahasa
Malaysia Tahun 3
Kemahiran
|
Membaca
|
Band
|
4
|
Pernyataan Standard
|
B4
Mengetahui dan memahami dan memberikan
respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam
pelbagai situasi dengan betul.
|
Deskriptor
|
B4 DB1
Membaca dan menyatakan ilmu dalam bahan
sastera dan bahan bukan sastera dengan betul.
|
Evidens
|
B4 DB1 E1
Membaca dan memahami bahan kreatif serta
menyatakan kosa kata umum dan kosa kata istilah dengan betul.
|
Aktiviti
Pentaksiran
|
Bahan :
Lembaran kerja
Langkah:
1. Murid melafazkan pantun empat kerat
dengan intonasi yang betul.
2. Murid lafazkan pantun secara kreatif.
|
Friday, 9 November 2012
KATA
HUBUNG
1.Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata
hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta
penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
agar
|
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
|
apabila
|
Mukanya pucat apabila disoal.
|
atau
|
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
|
bahawa
|
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
|
dan
|
Leela dan Siu Lan berjiran.
|
hingga
|
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
|
Jika
|
Saya berpayung jika hujan.
|
Jikalau
|
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
|
kecuali
|
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
|
kerana
|
Aini menangis kerana terlalu sedih.
|
lalu
|
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
|
manakala
|
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
|
sambil
|
Zalifah bernyanyi sambil menari.
|
serta
|
Zahid serta abangnya menonton wayang.
|
semenjak
|
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
|
sementara
|
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
|
Kata Hubung Berpasangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
Baik - mahupun
|
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan
balai raya itu.
|
Baik- baik
|
Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
|
bukan sahaja malah
|
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
|
entah entah
|
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
|
Jangan – pun
|
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
|
Kian – kian
|
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
|
Sama ada – ataupun
|
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
|
sedangkan...inikan pula
|
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
|
semakin...semakin
|
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
|
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan
|
hingga
|
lalu
|
ketika
|
Dengan
|
yang
|
tetapi
|
jika
|
Kerana
|
serta
|
kalau
|
kemudian
|
demikian
|
walhal
|
walau
|
agar
|
atau
|
demi
|
supaya
|
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa
|
sementara
|
seharusnya
|
andaikata
|
semoga
|
seketika
|
sebaliknya
|
sedangkan
|
setelah
|
sesungguhnya
|
walaupun
|
itupun
|
sewaktu
|
seandainya
|
meskipun
|
sekalipun
|
mudah-mudahan
|
moga-moga
|
jikalau
|
bagaimanapun
|
padahal
|
contoh ayat
1. menggabungkan dua ayat
Azhar
dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
Kita
boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin
dan menderita.
Subscribe to:
Posts (Atom)